Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKPB, Datuk Lee Chong Wei harap semua bersabar

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 25 Mei - Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihati rakyat Malaysia yang berasa sedih dengan kemeriahan Aidilfitri kali ini yang sedikit terjejas susulan wabak COVID-19, supaya terus bersabar.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Datuk Lee Chong Wei berharap kesabaran tahun ini akan dibalas dengan kenikmatan perayaan pada tahun-tahun akan datang seperti suasana sambutan sebelum ini

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu turut mengimbau kembali pengalaman zaman kanak-kanaknya mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri bersama rakan-rakan dan jiran tetangga.