Thursday, November 23, 2017
vital-top
updated 9:49 AM UTC, Nov 23, 2017

Sukan SEA KL2017: Malaysia Raih Emas Acara Silat Ganda Lelaki

KUALA LUMPUR - Skuad silat negara beraksi cemerlang pada hari pertama pertandingan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila meraih pingat emas dalam kategori seni ganda lelaki hari ini.

Pasangan negara Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif mencatat 582 mata keseluruhan untuk mengatasi gandingan Indonesia, Hendy dan Yolla Primadona Jumpil yang meraih perak dengan 554 mata.

Pingat gangsa kategori itu diraih pasangan Singapura, Muhammad Haziq Zainal Abidin dan Nujaid Hasif Zainal yang mengumpul 544 mata.

Sebanyak 20 pingat emas dipertandingkan dalam arena pencak silat pada KL2017.

 

Sumber : BERNAMA