Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

British Grand Prix : Marc Marquez Menang Pusingan Ke-12

UNITED KINGDOM - Juara bertahan, Marc Marquez dari Sepanyol memenangi saingan British Grand Prix, pusingan ke 12.

Juara dunia tiga kali itu, menamatkan perlumbaan dengan mengutip 174 mata, mendahului Andrea Dovizioso dari Itali dan Maverick Vinales dari Sepanyol yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Manakala bekas juara dunia, Valentino Rossi dari Itali mampu menamatkan perlumbaan pada tempat keempat.

 

Sumber : AFP