Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Beberapa pemain utama pasukan Perak sudah menandatangani kontrak dengan PAFA

  • Published in Sukan

IPOH - Beberapa pemain utama pasukan Perak sudah menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presidennya, Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu .

Jelas beliau, pemain-pemain tersebut termasuk Ketua Pasukan, Shahrul Saad dan pemain tengah pasukan, J.Partiban.

Katanya ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai 2019 di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Klebang, Ipoh. itu lagi, setakat ini hanya dua pemain import yang dikekalkan.

Sebelum ini, beberapa pemain Perak telah sah meningglakn pasukan berkenaan,  antaranya Brendan Gan, Norhakim Hassan dan Mohd Nasir Basharuddin.

Dalam masa sama, PAFA kini sedang mempersiapkan pasukan Perak 2  sebagai 'feeder team' selepas permohonan tersebut mendapat kelulusan Liga
Bolasepak Malaysia (MFL).