Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

Sukan SEA 2017 - Renang: Welson Pecah Rekod 200M Gaya Bebas

KUALA LUMPUR _ Perenang negara, Welson Sim sekali lagi mencipta rekod baru temasya, kali ini dalam acara 200 meter gaya bebas lelaki, sekaligus emas kedua peribadinya dan juga emas kedua negara dari kolam renang.

Welson yang meraih emas pertamanya Isnin lalu juga dengan rekod baru kejohanan, menjadi tumpuan, bersaing dengan pemenang emas 2015, Quy Phuoc Hoang dari Vietnam.

Phuoc Hoang yang juga pemegang rekod kejohanan, mendahului saingan sambil diekori rapat Welson.

Namun di 50 meter terakhir, Welson berjaya memintas untuk merangkul pingat emas dengan masa 1 minit 47.79 saat, sekaligus rekod baharu kejohanan.

Perenang Vietnam, Phuoc Hoang, 1 minit 48.07 saat untuk Perak, manakala gangsa Yeo Kai Guan dari Singapura.

Pingat dismapaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

(Sumber - Dalet Beritartm)