Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Peluang Malaysia masih terbuka untuk mara ke separuh akhir bolasepak sukan SEA - Datuk Ong Kim Swee

  • Published in Sukan

FILIPINA - Peluang Malaysia masih terbuka untuk mara ke separuh akhir bolasepak sukan SEA.

Itu kata-kata pengendali skuad bola sepak bawah 22 tahun, Datuk Ong Kim Swee selepas tewas 0-1 dalam aksi kedua Kumpulan A di Temasya Sukan Sea SEMALAM.

Pengendali itu menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka dan menyifatkan Filipina sememangnya layak untuk memenangi perlawanan.

Anak-anak buahnya tiada pilihan melainkan perlu menang dalam dua aksi terakhir menentang Timor Leste dan Kemboja.

Sementara itu, pemain tengah bawah 22 tahun negara Mohamed Syamer Kutty Abba memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan pasukan negara memenangi perlawanan itu.

Pada aksi di Stadium Rizal Memorial Manila, Harimau Muda dilihat masih gagal menemui rentak permainan yang berlangsung di atas padang tiruan.

Gol kemenangan Filipina dijaringkan ketua pasukan, Stephan Schrock pada minit ke-72.

Ketika ini Malaysia menduduki tempat keempat dengan satu mata selepas dua perlawanan, Myanmar di kedudukan teratas dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan, diikuti Kemboja dan Filipina masing-masing empat mata.

Skuad Harimau Muda akan berjumpa Timor Leste pada Isnin, sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Kemboja Rabu ini.