Friday, July 10, 2020

updated 12:51 PM UTC, Jul 10, 2020

FINAS, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi baharu dilantik

  • Published in Nasional

BANGI, 24 Mei - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS menerima dua pelantikan baharu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Zakaria Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi.

Manakala Datuk Norman Abdul Halim dilantik sebagai Timbalan Pengerusi FINAS.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa 23 Mei 2020, bagi tempoh 2 tahun.

Ahli lembaga baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Datuk Saifuddin turut mengumumkan satu pasukan khas akan dibentuk, dianggotai pelbagai pemegang taruh agensi kerajaan khususnya KKMM, daripada pemain industri kreatif dan masyarakat umum.

Matlamat penubuhannya untuk menilai pencapaian industri kreatif dan merangka perancangan untuk masa depan.

Datuk Saifuddin berkata demikian ketika membuat lawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM untuk melihat aktiviti sukarelawan Persatuan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen, MANTAP.

Sukarelawan COVID-19 MANTAP terdiri daripada 20 mahasiswa yang tidak pulang ke kampung termasuk disertai Pelajar Mobilisasi dari Indonesia.