Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka

  • Published in Sukan

MANILA - Pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka.

Beliau menyifatkan Filipina sememangnya layak untuk memenangi perlawanan.

Namun jurulatih itu optimis, peluang Malaysia masih terbuka untuk mara ke separuh akhir.

Untuk itu, anak-anak buahnya tiada pilihan melainkan perlu menang dalam dua aksi terakhir menentang Timor Leste dan Kemboja.

Sementara itu, pemain tengah bawah 22 tahun negara Mohamed Syamer Kutty Abba memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan pasukan negara memenangi perlawanan menentang Filipina.

Syamer berkata beliau mahu melakar sejarah tersendiri bersama pasukan memandangkan ini merupakan sukan SEA terakhir beliau. ###