Monday, December 16, 2019
updated 6:07 AM UTC, Dec 16, 2019

Malaysia kecundang 1-0 kepada Filipina

  • Published in Sukan

MANILA - Bola Sepak Sukan SEA 2019.

Filipina nyata menggunakan sepenuhnya peluang beraksi di laman sendiri apabila menundukkan skuad bawah 22 tahun negara 1-0 ,sekali gus menyaksikan kekalahan pertama bagi Malaysia.

Ketua Pasukan The Azkals, Stephen Schrock muncul wira apabila membuat jaringan dari sepakan sudut gagal ditangkap kemas Muhamad Haziq Nadzli.

Awal babak pertama di di Stadium Rizal Memorial Manila, Harimau Muda dilihat gagal menemui rentak permainan yang berlangsung di atas padang tiruan.

Filipina yang dibimbing jurulatih Goran Milojevic Radiojevic lebih banyak menguasai bola dan sering kali melancarkan beberapa serangan berbahaya ke gawang Malaysia.

Melepasi minit ke-30, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee kembali bangkit menguasai perlawanan untuk menguji penjaga gol tuan rumah Anthony Pinthus dengan dua percubaan tepat.

Namun gagal menemui sebarang gol.

Bersambung babak kedua, jentera serangan negara terus buntu untuk menembusi pertahanan Filipina.

Sebaliknya ketua pasukan Filipina Stephan Schrock menghukum Malaysia dengan gol tunggal pada minit ke-72.

Kekalahan menjadikan Harimau Muda terpaksa menggalas tugas berat untuk mara ke pusingan seterusnya.

Manakala di kem Filipina, menang ke atas Malaysia membolehkan mereka menghidupkan kembali peluang ke separuh akhir selepas sekadar seri 1-1 dengan Kemboja dan tewas di tangan Myanmar sebelum ini.