Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Sukan SEA : Petugas media dakwa berdepan kerenah penganjur dan Khuatir jejaskan tugas

  • Published in Sukan

MANILA, FILIPINA - Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM); Jasni Shafie mengakui peraturan yang dikenakan terhadap pengamal media dalam Sukan Sea kali ini merumitkan para petugas.

Justeru, beliau akan bertemu dengan Ketua Kontinjen Malaysia; Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia; Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagi membolehkan isu itu dipanjangkan kepada pihak berkenaan.

Jasni mendakwa telah menerima banyak aduan daripada petugas media Malaysia biarpun beliau baru tiba dua hari di Manila.

Rata-rata petugas media mendakwa berdepan dengan kerumitan di setiap venue.

Kerenah seperti itu dikhuatiri menjejaskan tugas mereka.

Jasnie yang berpengalaman membuat liputan acara sukan berskala lebih besar seperti sukan Asia, Piala Dunia dan Olimpik menyatakan.... lazimnya petugas media yang mempunyai kad pengesahan tidak mempunyai masalah semasa membuat liputan.

Malah mereka akan di bantu pegawai bertugas dalam semua aspek.