Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Khairul Hafiz Jantan Menang Emas Acara 100m Sukan SEA, Jadi Raja Pecut Baharu

KUALA LUMPUR - Atlet negara, Khairul Hafiz Jantan muncul sebagai ¨Raja Pecut¨ baharu Asia Tenggara dengan menangi pingat emas acara 100m Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pelari yang berusia 19 tahun, menang acara 100 meter selepas melintas garisan penamat riben biru itu dalam masa 10.38s, mengatasi juara bertahan Eric Cray dari Filipina yang berada di tempat kedua dengan catatan 10.43s.

Peserta dari Thailand, Kritsada Namsuwun ketiga mencatatkan 10.43s dengan pingat gangsa berdasarkan photo finish, manakala seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa dari Sarawak menamatkan larian di tempat kelima dalam masa 10.66s.

(Sumber - Laporan Sukan SEA RTM)