Monday, December 16, 2019
updated 4:56 AM UTC, Dec 16, 2019

Atlet negara perlu melihat sasaran pingat yang ditetapkan sebagai motivasi mereka, bukannya tekanan

  • Published in Sukan

SEPANG -  Atlet negara perlu melihat sasaran pingat yang ditetapkan sebagai motivasi mereka, bukannya tekanan.

Jelas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong, kesemua wakil negara telah pun mempunyai persiapan mental mencukupi untuk mencapai sasaran itu.

Tambahnya, atlet acara lain perlu melihat kemenangan awal pasukan negara sebagai galakan untuk mereka mencatat kejayaan lebih membanggakan.

Majlis Sukan Negara MSN akan sentiasa memberi sokongan dan menjaga kebajikan para atlet bagi memastikan mereka mampu memberi prestasi terbaik dalam acara masing-masing.

Steven Sim ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA, sebelum berlepas ke Filipina bersama kontinjen sukan negara pagi tadi.