Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Sukan SEA: PHISGOC ada perancangan kontigensi jika dilanda taufan

  • Published in Sukan

MANILA, FILIPINA - Susulan ramalan Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina yang melaporkan ribut taufan akan melanda negara itu dan dikhuatiri menjejaskan perjalanan Sukan Sea Filipina 2019.

Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina PHIS-GOC memberi jaminan mempunyai pelan alternatif sekiranya ribut menjejaskan rancangan temasya sukan berkenaan.

Justeru, kontinjen negara dan para peminat tanah air tidak perlu bimbang dengan situasi terbabit.

Menurut Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Sea, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, jaminan terbabit dinyatakan PHIS-GOC.

PHIS-GOC juga telah menyelesaikan hampir 60 peratus masalah yang dibangkitkan kontinjen Malaysia, selepas ia turut mendapat perhatian Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Isu utama ialah makan halal logistik dan venue yang lewat siap.

Datuk Megat ditemui sebelum menyaksikan perlawanan bola jaring antara pasukan Malaysia dan Brunei yang menyaksikan skuad negara menang 69-23.