Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Sukan SEA KL2017 : Skuad Futsal Wanita Indonesia Tewaskan Myanmar 3-1

SHAH ALAM - Skuad futsal wanita Indonesia menewaskan Myanmar 3-1 dalam perlawanan kempen Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) hari inii.

Dalam perlawanan hari ini Indonesia memulakan aksi dengan bergaya apabila menyumbat gol pertama menerusi Rani Mulya Sari sejurus empat minit perlawanan bermula.

Indonesia menambah satu lagi gol menerusi Maya Muharina Fajriah, lapan saat sebelum babak pertama ditamatkan.

Gawang pasukan Myanmar bolos lagi apabila pemain simpanan skuad Garuda, Maulina Novryliani menyumbat gol ketiga pada minit ke-39.

Bagaimanapun, kecelaruan benteng skuad Indonesia di hadapan gawang sendiri mengakibatkan tampanan kaki Rani Mulya Sari memberi gol percuma kepada pasukan Myanmar, enam saat sebelum wisel penamat dibunyikan.

Ketua jurulatih skuad Indonesia, Andrea Picessa Pratama yang ditemui selepas perlawanan menyatakan pihaknya akan mempertajam bahagian serangan sebagai perancangan menentang Thailand, Jumaat ini.

 

Sumber : BERNAMA