Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Sukan SEA 2019 - Skuad bola sepak negara dituntut tampil aksi lebih kreatif

  • Published in Sukan

MANILA - Skuad bola sepak bawah 22 tahun negara dituntut tampil dengan permainan yang lebih kreatif di samping hantara-hantaran pendek berdepan tuan rumah, Filipina malam ini.

Akui skuad B22 negara masih mencari rentak keserasian pada perlawanan pertama menentang Myanmar, pemain tengah kelahiran Pulau Pinang, Mohamed Syamer Kutty Abba menjelaskan, beraksi di atas padang rumput tiruan atau sintetik mencabar skuad untuk mengawal bola sepanjang permainan.

Dalam pada itu kepulangan pemain import PKNP FC kelahiran Filipina, Amani Manuel Santos Aguinaldo untuk membantu pasukan negaranya, tidak menggusarkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee kerana rata-rata pemain negara sudah memahami rentak permainan Aguinald.

Syamer berkata demikian kepada media sebelum memulakan latihan bersama pasukan negara di Stadium Memorial Rizal di Manila.