Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Badminton Dunia : Zulfadli Berjaya Lepasi Pusingan Awal

SCOTLAND - Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow Scotland.

Zulfadli Zulkifli berjaya melepasi pusingan awal.

Begitupun dia dipaksa bemain sehingga 3 set sebelum berjaya menewaskan Artem Pochtarov dari Ukraine.

Zulfadli yang disenaraikan selaku pemain ke-41 dunia menang 8-21, 21-13, 21-13.

Turut mara Yap Rui Chen dalam kategori perseorangan wanita.

Rui Chen menumpaskan Hsuan-Yu Wendy Chen dari Australia 21-19, 21-11.

Jaguh harapan negara Datuk Lee Chong Wei bagaimanapun belum turun beraksi.

Dia dijadual menentang Brice Leverdez dari Peranchis lewat hari ini.

 

Sumber : AP