Friday, July 10, 2020

updated 12:51 PM UTC, Jul 10, 2020

Pemandu degil rentas negeri terus meningkat

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 20 Mei - Jumlah pemandu yang berdegil dan ingin melakukan perjalanan rentas negeri terus meningkat.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam sebanyak 3,212 kenderaan diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbanding 1,633 buah kenderaan pada hari sebelumya.

Mereka yang cuba melakukan pergerakan rentas negeri itu memberi alasan mahu pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri.

Beliau bercakap dalam sidang media harian di Putrajaya.

Datuk Seri Ismail Sabri turut memaklumkan PDRM telah menahan 44 individu atas kesalahan melanggar SOP.

Daripada jumlah tersebut, 40 individu direman dan 5 individu dijamin.

Pada masa sama, kompaun dikenakan kepada 51 individu atas kesalahan melanggar SOP.

Sebanyak 3,315 pasukan pematuhan telah membuat pemantauan yang melibatkan 18,864 anggota.