Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

35 asnaf terima pakaian raya dan makanan asas

  • Published in Berita Semasa

KAMPUNG MELAYU SUBANG, 20 Mei - Sebanyak 35 asnaf di Kampung Melayu Subang menerima bantuan makanan asas dan pakaian raya.

Program dianjurkan Pasukan Sukarelawan Penyelamat Kecemasan dan Perubatan Bakti Malaysia Daerah Shah Alam serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Wisma Bentara Pangkalan Udara Subang.

Menurut Pengarah Komunikasi Media dan Korporat Sukarelawan, Latifah Ahmad Sidek, program ini merupakan misi ke-44 mereka bulan ini.

"Ini bukan sahaja unutk golongan asnaf, malah kepada mereka yang terjejas akibat COVID-19."

Pegawai Penjaga Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang, Mejar Azharil Abdullah menjelaskan, ia adalah hasil sumbangan anggota.

"Ia merupakan dana yang kami kumpul dan sumbangan dari anggota sendiri."

Orang ramai yang berminat untuk menderma makanan dan peralatan bolehlah menyalurkan sumbangan pasukan sukarelawan berkenaan.