Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Sukan SEA 2017 - Ragbi : Pasukan Lelaki Sumbang Emas

PETALING JAYA - Acara ragbi tujuh sebelah lelaki turut menghadiahkan emas, menewaskan Singapura, 22-7.

Malaysia pantas mendahului seawal minit pertama dengan satu try untuk di depan 5-0.

Namun, Singapura bangkit dengan satu try dan satu conversion untuk mendahului 7-5.
Kedudukan ini langsung tidak melemahkan fokus pemain negara apabila kembali pantas meloloskan diri melakukan satu try dan satu conversion untuk di depan 12-7.

Babak kedua, Malaysia langsung tidak memberi peluang kepada Singapura untuk mencuri mata apabila skuad negara berjaya melakukan dua try untuk mendahului 22-7 hingga wisel penamat, untuk emas buat Malaysia.

Dua tahun lalu, Malaysia sekadar dapat pingat perak.

(Sumber - Dalet Beritartm)