Wednesday, May 27, 2020

updated 2:23 AM UTC, May 27, 2020

265 atlet diberi kelonggaran khas jalani latihan

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 19 Mei - Mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP hari ini telah menerima permohonan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberikan kelonggaran khas bagi atlet dibawah Program Road To Tokyo.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menambah kelonggaran khas ini akan melibatkan 265 atlet untuk persediaan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo tahun depan.

Fasa pertama kem latihan berpusat ini akan bermula pada 1 hingga 30 Jun depan.

Setiap atlet akan melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ketat iaitu pada hari pendaftaran dan hari terakhir latihan, dan semua atlet akan menjalani saringan kesihatan menerusi swab test.

Hanya atlet yang menunjukkan keputusan negatif sahaja dibenarkan memulakan latihan.

Selama latihan pusat diadakan, KBS akan menggunakan pendekatan kuarantin selama 30 hari iaitu tidak dibenarkan keluar daripada pusat latihan.

Selain itu aspek penjarakan sosial juga dilaksanakan semasa latihan.