Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Perasmian Sukan SEA KL2017 Penuh Tradisi, Gilang-Gemilang

KUALA LUMPUR - Tirai Temasya Sukan SEA ke-29 dibuka secara rasminya dalam satu majlis pembukaan penuh gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Sukan SEA KL 2017 dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V  dalam acara yang dilimpahi sinar cahaya dan warna  dengan penyalaan  kawah obor temasya yang dramatik serta pertunjukan bunga api mewarnai langit di atas stadium yang boleh memuatkan  90,000 penonton itu.

Perasmian temasya dwi tahunan yang bertemakan 'Bangkit Bersama' itu berlangsung gilang gemilang dengan penuh pertunjukan warna-warni yang menonjolkan kepelbagaian budaya dan kesenian tempatan.

Orang ramai, termasuk dari luar Kuala Lumpur menuju ke stadium untuk bersama-sama menyaksikan acara ini, selepas kali terakhir menjadi tuan rumah 16 tahun lepas pada 2001.

KL2017 dengan pengilbatan lebih 7,000 atlet dan pegawai daripada 11 negara, akan berlangsung sehingga 30 Ogos ini.

(Sumber - Bernama)