Logo

Tennis Terbuka Australia

Melbourne - Novak Djokovic meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan pemain muda dari Perancis, Quentin Halys dalam aksi tiga set.

Juara Grand Slam 10 kali ini seperti diduga mudah menangkis cabaran pemain ranking ke 187 dunia ini untuk melangkah ke pusingan ketiga.

Pemain pilihan utama ini ternyata menguasai sepenuhnya permainan walaupun Halys memberi tentangan sengit.

Selepas bermain selama satu jam 40 minit Djokovic menang 6-1, 6-2, 7-6 untuk berdepan pemain Italy, Andrea Seppi di pusingan ketiga nanti.

Pada suku akhir, Djokovic dijadualkan berdepan pilihan ketujuh dari jepun, Kei Nishikori dan juara major 17 kali dari Switzerland, Roger Federer di separuh akhir

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.