Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

Inisiatif merapatkan jurang pembangunan di Sabah dan Sarawak perlu dipergiat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 18 Mei  - Yang di-Pertuan Agong juga mahu Kerajaan untuk terus menggiatkan usaha dan inisiatif bagi merapatkan jurang pembangunan dan ekonomi antara negeri, juga di Sabah dan Sarawak.

Usaha berkenaan merangkumi peningkatan mobiliti rakyat dengan menambah baik rangkaian dan infrastruktur asas serta sistem pengangkutan.

Selain pembangunan infrastruktur di kedua-kedua negeri itu, Seri Paduka bertitah kerajaan perlu turut memberi perhatian terhadap kawasan pedalaman di Semenanjung terutamanya di penempatan masyarakat Orang Asli.

Menyentuh tentang iltizam kerajaan untuk meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan yang saksama kepada rakyat, titah baginda perkhidmatan kesihatan akan diperkasa dengan menjurus kepada pencegahan dan perawatan secara holistik kepada masyarakat luar bandar, Orang Asli serta peribumi di Sabah dan Sarawak.