Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Syamirul Shahril sandaran terbaik raih pingat sukan SEA, Manila.

  • Published in Sukan

SHAH ALAM - Naib Presiden Persatuan Tenis Selangor (STA), Datuk Tengku Mohamed Tengku Harun optimis pemain tenis lelaki negara, Syamirul Shahril Mohd Adam Das merupakan sandaran terbaik untuk meraih pingat pada temasya sukan SEA kali ini.

Menurutnya, khidmat Syamirul penting apabila beliau mempamerkan peningkatan mutu permainan.

Ini dapat dilihat menerusi kejuaraannya pada Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur bulan lalu, menewaskan pemain nombor satu Filipina; Alberton Lin di pentas akhir.

Beliau ditemui media ketika majlis makan dan anugerah sukan pegawai dan pemain tenis selangor 2019 di SACC Mall, Shah Alam.

Sementara itu, Syamirul yakin dengan momentum sedia ada, beliau mampu menghadiahkan pingat buat negara biarpun ini merupakan sukan SEA pertama buat dirinya.

Perlawanan pertama pada 1 Disember nanti menyaksikan Vietnam bakal menjadi pencabar terkuat buat dirinya.