Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Sukan SEA KL2017 - Gan Hua Wei Memastikan Emas Dalam Acara Solo Teknikal Renang Berirama

KUALA LUMPUR - Gan Hua Wei memastikan emas menjadi milik negara menerusi acara solo teknikal renang berirama untuk menamatkan dominasi skuad Singapura.

Hua Wei berjaya berjaya menebus kekecewaan rakan sepasukan Lee Ying Huet yang memenangi pingat perak acara solo bebas.

Ketepatan dan kesempurnaan renangan membawa pesona dalam persembahan untuk mencatat mata tertinggi 73.8386 mata.

Pingat perak dan gangsa milik atlet Singapura menerusi Debbie Soh Li Fei mencatat 73.8253 dan Miya Yong Hsing 72.3769.

Pingat telah di sampaikan oleh Ketua Kontinjen Negara, Datuk Marina Chin.

(Sumber - Dalet Beritartm)