Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

MASOC Saran Orang Ramai Guna Perkhidmatan Awam Pembukaan Sukan Sea Sabtu Ini

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menyarankan orang ramai agar ke Stadium Nasional Bukit Jalil menggunakan pengangkutan awam sempena Sempena upacara pembukaan rasmi Kuala Lumpur 2017 Sabtu ini.

Saranan itu mengambil kira penutupan jalan serta peningkatan kadar trafik ketika majlis pembukaan itu nanti.

Demikian menurut kenyataan MASOC.

Beberapa alternatif akan dilaksanakan termasuk waktu operasi LRT sehingga pukul 1 pagi bagi laluan Sri Petaling ke Bukit Jalil.

Perkhidmatan KTM Komuter turut dilanjutkan dan akan diumumkan tidak lama lagi waktu operasi.

Bas Khas "KL SEA Games 2017" oleh RapidKL turut menjalankan perkidmatan di lokasi -lokasi berkaitan.

((RTM))