Tuesday, November 21, 2017
vital-top
updated 9:53 AM UTC, Nov 21, 2017

KL2017 - Malaysia Kutip Dua Emas Acara Memanah Compound Berpasukan

KUALA LUMPUR - Dua lagi pingat emas untuk kontinjen negara menerusi acara memanah compound berpasukan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Malaysia menewaskan Singapura dengan jumlah pungutan mata 228 berbalas 222.

Pasukan memanah wanita turut menghadiahkan emas.

Ini selepas berjaya menewaskan Vietnam dalam acara akhir compound wanita berpasukan di Padang Sintetik, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dengan pungutan mata 253-252 .

((RTM))