Friday, July 10, 2020

updated 12:51 PM UTC, Jul 10, 2020

Peserta MM2H di luar negara boleh pulang ke Malaysia, esok

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 16 Mei - Bermula esok, individu yang menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tetapi masih terkandas di luar negara dibenarkan pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, mereka perlu membuat saringan kesihatan COVID-19 serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka perlu mematuhi semua peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk menjalani saringan dan kuarantin wajib 14 hari.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Putrajaya.