Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Chong Wei Berharap Nombor 10 Mampu Memberi Tuah Buat Dirinya

GLASGOW - Jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berharap nombor 10 mampu memberi tuah buat dirinya dalam memburu gelaran sulong kejohanan badminton dunia di Glasgow yang bermula Isnin depan.

Jelas Chong Wei, beliau mahu mengikut jejak atlet basikal trek negara Azizul Hasni Awang yang tidak berputus asa merangkul gelaran juara dunia acara keirin.

Walaupun terpaksa menanti saat gemilang itu selama 10 tahun.

Angka 10 turut menjadi kegemaran Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Chong Wei turut menambah, motivasinya kini berada pada tahap terbaik.

Ini kerana beliau berada disamping jurulatihnya, Hendrawan yang turut sama terbang ke Glasgow.

Bekas guru Chong Wei yang kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek turut mengiringinya.

Chong Wei dan rakan sepasukan ditemui di KLIA Sepang sebelum berlepas ke Glasgow.

Ini merupakan penyertaan kali ke 10 pemain kelahiran Pulau Pinang itu di pentas kejohanan dunia.

Sepanjang penampilan kejohanan dunia sebelum ini.

Chong Wei sekadar 3 kali naib juara iaitu 2011, 2013 dan 2015 .

(Sumber - Dalet Beritartm)