Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

5 Pemain Tenis Wanita Dunia Rebut Gelaran Pemain Nombor 1

CINCINNATI - Ketiadaan Serena Williams yang bakal melahirkan anak pada bila-bila masa membuka peluang kepada lima pemain untuk merebut gelaran pemain wanita nombor satu dunia.

Williams, juara Grand Slam 23 kali menguasai kedudukan paling atas selama 186 minggu berturut-turut sebelum ranking itu bertukar tangan kepada Angeligue Kerber, awal tahun ini.

Selain Kerber, empat lagi pemain yang mengintai peluang untuk menjadi pemain wanita nombor satu dunia ialah Karolina Pliskova, Simona Halep, Elina Svitolina dan Caroline Wozniacki .


((AFP))