Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Nadal Bakal Rampas Ranking Nombor 1

CINCINNATI - Rafael Nadal bakal kembali menduduki ranking pemain tenis nombor satu dunia, selepas juara Grand Slam 19 kali, Roger Federer menarik diri daripada kejohanan ATP Cincinnati Masters.

Pemain pilihan ketiga Federer merupakan satu-satunya pemain yang boleh menggugat peluang pemain nombor dua dunia itu kembali merampas kedudukan ranking teratas, Isnin depan.

Federer berkata dia mengalami kecederaan di bahagian belakang ketika aksi di Montreal yang menyaksikannya tewas kepada pemain Jerman, Alexander Zverev di pentas final.


((AFP))