Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

PM Ucap Tahniah Skuad Bola Sepak Negara

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara yang berjaya mengalahkan Brunei dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA 2017 (KL2017) malam tadi.

"Tahniah pasukan bola sepak, 3 mata berharga. Teruskan prestasi! #BangkitBersama #KL2017," kata beliau menerusi laman Twitternya.

Malaysia membuka kempen temasya KL2017 dengan meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Brunei pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Shah Alam, Selangor.

((BERNAMA))