Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Sukan SEA Filipina : MOM yakin kemampuan kontijen negara capai sasaran

  • Published in Sukan

SUBANG - Menjelang Sukan SEA Filipina 2019

Memang KPI kali ini 70 pingat emas agak tinggi tetapi saya yakin atlet negara mampu mencapainya.

Keyakinan itu disuarakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Norza Zakaria ketika ditanya mengenai sasaran pingat emas untuk Kontinjen pada temasya dwi tahunan ini.

Datuk Seri Norza percaya atlet yang dipilih mampu memperbaiki pungutan pingat terbaik di luar negara sejak kali terakhir melakukannya di Korat, Thailand pada 2007.

Sasaran keseluruhan 70 pingat emas, 51 perak dan 105 gangsa menerusi 773 atlet dalam 52 daripada 56 acara yang dipertandingkan.

Dalam reaksi sama, Datuk Seri Norza tidak melihat jumlah atlet yang besar sebagai satu masalah kepada kontinjen negara.

Malah, beliau turut yakin chef de Mission, Datuk Megat Zulkarnain mampu menggalas tugas dengan baik sambil dibantu lagenda renang negara, Nurul Huda Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faezal Ramli selaku Timbalan Chef de Mission.