Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

KETENGAH peruntuk RM700,000 bantu golongan terjejas PKP

  • Published in Berita Semasa

DUNGUN, 13 Mei - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan RM700,000 untuk membantu golongan yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ia termasuklah mereka yang terjejas pendapatan, golongan miskin, pesakit dan orang kelainan upaya.

Pengerusi KETENGAH Datuk Razali Idris berkata, peruntukan yang disalur melalui Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH itu akan memberi manfaat kepada 3,500 penerima.

Untuk permulaan, seramai 486 penduduk Ketengah yang tinggal di Bandar Al-Muktafi Billah Shah menerima sumbangan itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM97,200.

Program sumbangan tersebut melibatkan tiga kawasan iaitu Hulu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.