Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Arsenal 4 Leicester 3, Perlawanan Menarik Memulakan Musim Liga Perdana Inggeris 2017-18

LONDON - Pemain pengganti, Olivier Giroud membantu pasukan Arsenal bangkit untuk mengalahkan Leicester City 4 - 3 pada perlawanan permulaan musim Liga Perdana Inggeris 2017-18.

The Gunners yang ketinggalan 3-2 ,dengan tujuh minit lagi sebelum berakhirnya perlawanan melihat pemain Aaron Ramsey dan Giroud menghidupkan semula peluang mereka untuk menang di Stadium Emirates.

Alexandre Lacazette menjaringkan gol pertama Gunners pada saat yang ke-94, tetapi, Shinji Okazaki menandukkan gol untuk penyama kedudukan dua minit kemudian.

Vardy kemudian menjaringkan gol bagi Leicester City pada minit ke-29 melalui hantaran silang dari Marc Albrighton, sebelum Danny Welbeck menyamakan kedudukan bagi Arsenal pada akhir separuh pertama.

Leicester mendahului hasil tandukan gol oleh Vardy pada minit ke-56 melalui sepakan sudut Riyad Mahrez sebelum Arsene Wenger membuat penggantian dua orang pemain yang menyinarkan kebangkitan Arsenal.

Pengganti Ramsey menjaring gol dari sudut pada minit ke-83  dan selepas itu, Giroud menunjukkan atletisme dan kekuatan untuk menjaringkan gol pada minit ke-85 ekoran sudut dari Granit Xhaka.

(Sumber - AFP)