Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

Kelab Real Madrid mula jalani latihan

  • Published in Sukan

SEPANYOL, 12 Mei - Pemain Real Madrid kembali berlatih hari ini menjelang penyambungan semula La Liga bulan hadapan.

Perlawanan bola sepak Sepanyol digantung tiga minggu susulan penularan wabak COVID-19.

Selepas kesemua anak buah Zinedine Zidane disahkan negatif COVID-19, mereka tiba Valdebebas untuk berlatih buat pertama kalinya dalam masa dua bulan.

Real Madrid merupakan pasukan pertama dikuarantin selepas segala perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol telah digantung tiga minggu COVID-19.

Tindakan itu menyusul selepas seorang pemain bola keranjang Real Madrid sah positif Covid pada 12 Mac lalu.

Zidane memulakan program latihan fasa pertama melibatkan enam pemain dibenarkan di atas padang serta berlatih secara individu.

Bintang Madrid, Eden Hazard yang menjalani pembedahan akibat kecederaan pergelangan kaki pada 5 Mac lalu juga kembali berlatih bersama Thibaut Courtois, Gareth Bale dan Marcelo.

Selepas tamat 27 perlawanan, Barcelona menghuni tangga teratas carta La Liga apabila mengumpul 58 mata, hanya dua mata meninggalkan Real Madrid di tempat kedua.