Wednesday, August 23, 2017
vital-top
updated 7:57 AM UTC, Aug 23, 2017

Guliyev Atlet Pertama Turki Menangi Pingat Olahraga IAAF

LONDON - Pelari, Ramil Guliyev memenangi pingat emas acara lumba lari 200 meter lelaki dengan catatan 20.09 saat Sukan Kejohanan Trek dan Olahraga IAAF Dunia di London. .

Sekali gus muncul atlet olahraga lelaki pertama Turki memenangi pingat.

Kemenangan Guliyev turut menyaksikan dia memusnahkan impian Wayde van Niekerk untuk memenangi dua acara iaitu 200 dan 400 meter buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun.

Atlet yang mewakili Afrika Selatan itu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak sementara Jereem Richards dari Trinidad and Tobago menang gangsa.

(( AFP ))