Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Mourinho gembira dilantik ketuai Tottenham Hotspur

  • Published in Sukan

LONDON - Jose Mourinho janjikan “semangat sebenar” apabila dilantik sebagai bos Tottenham Hotspur semalam selepas Mauricio Pochettino dipecat oleh kelab Liga Perdana itu.

Bekas pengendali Chelsea, Real Madrid dan Manchester United diumumkan sebagai bos baharu di White Hart Lane beberapa jam selepas Pochettino dipecat.


Beliau melahirkan rasa gembira dan bersedia memikul tanggungjawab dan menghadapi cabaran bersama kelab itu.

Pengendali berusia 56 tahun itu tidak bekerja sejak meninggalkan United Disember lalu dan menandatangani kontrak hingga penamat musim 2022-23 selepas bersetuju dengan tawaran Spurs.

Kelab berkenaan mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu tetapi kini berkedudukan ke-14 Liga Perdana selepas hanya menang tiga kali daripada 12 perlawanan.

Mereka kini 11 mata daripada empat pasukan teratas yang memberikan kelayakan ke kejohanan elit Eropah itu.