Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Pemain pertahanan JDT, Adam lengkap kuota pemain skuad Bawah 22 tahun negara

  • Published in Sukan

SUBANG JAYA - Pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), Adam Nor Azlin melengkapkan kuota pemain lebih umur buat skuad Bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee apabila terpilih ke temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Selain Adam, pemain pertahanan Kuala Lumpur Irfan Zakaria juga antara pemain yang terpilih mengisi slot dua pemain bagi setiap negara.

Buat Adam, ini merupakan penampilan kali ketiganya di Sukan SEA dan merupakan peluang keemasan untuk menebus pingat emas buat negara selepas dikecewakan 0-1 oleh Thailand pada aksi final dua tahun lalu.

Datuk Ong Kim Swee pula berpendapat, khidmat Adam dan pemain senior diperlukan bagi membentuk kombinasi dan keserasian pasukan yang terdiri daripada gabungan pemain bawah 17 tahun, 22 tahun dan pemain kebangsaan.

Skuad negara bakal membuka tirai Kumpulan A dengan bertemu Myanmar Isnin depan.

Seterusnya, pasukan kebangsaan dijadual bertemu tuan rumah Filipina pada 29 November, Timor Leste pada 2 Disember dan Kemboja dua hari kemudian.