Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Safawi tidak dipanggil perkuat skuad B22 : OKS mahu Safawi berehat dan tumpu misi lebih penting

  • Published in Sukan

SUBANG JAYA - Meski memuji aksi Safawi Rasid semalam, namun Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan besar....tidak memanggil penyerang JDT itu untuk memperkuatkan skuadnya bagi menghadapi temasya Sukan SEA.

Alasan beliau, memberi peluang kepada Safawi berehat kerana penyerang itu telah bersama pasukan kebangsaan sejak awal tahun ini bermula dengan kempen Piala AFF Suzuki Bawah 22 tahun di Kemboja, Februari lalu.

Beliau ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Arena MPSJ Selangor.

Menurut Datuk Ong Kim Swee, ketiadaan Safawi tidak merencatkan perancangannya kerana posisi penyerang boleh diisi oleh ramai pemain berbakat antaranya Akhyar Rashid, Luqman Hakim dan Wan Kuzain Wan Kamal.

Skuad negara diundi dalam Kumpulan A, akan memulakan kempen bertemu Myanmar pada Isnin depan, diikuti Filipina pada 29 November, Timur Leste pada 2 Dissember dan Kemboja selang dua hari kemudian.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila.