Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

Liverpool Tolak Tawaran Barcelona

LONDON - Liverpool menolak bidaan kedua Barcelona bernilai 100 juta Euro bagi mendapatkan khidmat perancang tengahnya, Philippe Coutinho.

Laporan BBC menyebut, The Reds menegaskan pemain antarabangsa Brazil itu bukan untuk dijual.

Skuad Catalan pula terdesak mendapatkan khidmat Coutinho bagi mengisi ruang yang ditinggalkan Neymar yang berhijrah ke Paris Saint Germain.

Kelab Sepanyol itu dijangka mengalih tumpuan bagi mendapatkan bintang Borussia Dortmund, Ousmane Dembele.


((AFP))