Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Karsten Warholm Juarai Larian 400 Meter Berpagar

LONDON - Atlet Norway, Karsten Warholm menang acara lari 400 Meter Berpagar Lelaki Kejohanan Olahraga Dunia 2017 di London.

Beliau mencatat masa 48.35 saat.

Sementara tempat kedua, Yasmani Copello dari Turki manakala ketiga Kerron Clement dari Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, acara 400 Meter Wanita dimenangi Phyllis Francis dari Amerika Syarikat dengan catatan masa 48.92 saat.

Manakala Salwa Eid Naser dari Bahrain menduduki tempat kedua dan Allyson Felix dari Amerika Syarikat tempat ketiga.

 

((AFP))