Sunday, August 20, 2017
vital-top
updated 2:50 AM UTC, Aug 20, 2017

Nasib Dua Atlet Langgar Perintah Diserahkan Kepada CDM

KUALA LUMPUR - Nasib dua atlet negara yang didakwa keluar dari kem melepasi tempoh yang dibenarkan minggu lalu akan diserahkan sepenuhnya kepada Chef-de-Mission Malaysia untuk Sukan Sea 2017, Datuk Marina Chin.

Tegas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ia penting bagi setiap atlet untuk menitikberatkan aspek displin yang telah ditetapkan pihak pengurusan, walaupun pihaknya telah mendengar dan menerima penjelasan daripada kedua-dua atlet berkenaan.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo semalam dilaporkan mengesahkan terdapat dua atlet negara iaitu daripada skuad futsal dan badminton melanggar perintah berkurung di Hotel Renaissance Kuala Lumpur yang menjadi penginapan rasmi kontinjen negara.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis Sesi Meet & Greet Mycorps South Asia.

 

Sumber : BERNAMA