Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Kejohanan tenis ATP final jelajah : Tsitsipas mengagumkan julang kejuaraan di penampilan pertama

  • Published in Sukan

LUAR NEGARA - Kejohanan ATP final Jelajah Dunia 2019.

Mereka berdua sama hebat, sama tangkas, sama bertenaga.

Namun kejuaraan dunia penutup musim 2019 menjadi milik jaguh Greece, Stefanos Tsitsipas menewaskan pemain Austria, Dominic Thiem dalam tiga set.

Sebelum ini kedua-dua pemain muda mempamerkan kehebatan menewaskan pemain hebat lain termasuk, roger Federer, Novak Djokovic,dan Rafael Nadal untuk melangkah ke final.

Stefanos Tsitsipas dan Dominic Thiem masing-masing dalam misi mencari kejuaraan besar mereka penutup musim 2019 ini.

Kesungguhan mereka terserlah dengan permain pantas di gelanggang.

Dan set pertama berpihak kepada Dominic Theim dengan kemenangan tie break 7-6.

Tidak rela tewas mudah, Tsitsipas bangkit di set kedua dengan lebih garang dan lebih menyerlah untuk menang mudah 6-2 dan membawa perlawanan ke set penentuan.

Di set penentuan, saingan kembali rancak dengan kedua-duanya saling memungut mata sehingga akhirnya juara terpaksa ditentukan melalui tie break.

Akhirnya, kejuaraan milik Tsitsipas selepas Thiem melakukan kesilapan melalui pukulan forehand yang tersasar.

Sekaligus memberi kemenangan 7-6 buat Tsitsipas yang spontan melepas raket tanda gembira dan puas.

Apa yang menarik perhatian adalah semangat kesukanan yang dipamerkan kedua-dua jaguh ini menerima tepukan gemuruh peminat yang hadir.

Ini merupakan kejuaraan pertama Tsitsipas dalam penampilan pertamanya di ATP FINAL.