Sunday, September 24, 2017
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Sep 23, 2017

McLeod Juarai 110 Meter Lari Berpagar

LONDON - Bintang Jamaica, Omar McLeod merangkul emas bagi acara lari berpagar 110 meter pada Kejohanan Dunia IAAF selepas mencatat masa 13.04 saat.

Pingat perak pula milik Sergey Shubenkov dari Rusia manakala, pelari Hungary, Balazs Baji memperoleh pingat gangsa.

Sementara itu, pemegang rekod dunia, Aries Merritt dari Amerika Syarikat hanya sekadar menduduki tempat kelima.

Acara lari 1,500-meter wanita pula menyaksikan, bintang dunia Faith Kipyegon dari Kenya merangkul emas selepas mencatat masa 4 minit 02.59 saat.

Jennifer Simpson dari Amerika Syarikat mendapat pingat perak, gangsa milik Caster Semenya dari Afrika Selatan.

((AFP))