Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Selangor dalam usaha naik taraf kemudahan sukan di seluruh negeri, persediaan sebagai tuan rumah SUKMA 2022

  • Published in Sukan

SELANGOR - Sebagai persediaan tuan rumah Sukan Malaysia SUKMA 2022, Selangor kini dalam usaha menaik taraf kemudahan sukan di seluruh negeri.

Kali terakhir Selangor menganjurkan sukan itu adalah pada tahun 1998.

Bagaimanapun jelas Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Pembangunan Modal Insan Selangor Khairuddin Othman, pihaknya akan membida kejohanan dwitahunan berkenaan.

Ujar beliau, Menteri Besar Amirudin Shari telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan PBT di Selangor supaya menaik taraf fasiliti sukan di kawasan masing masing.

Khairuddin menyatakan perkara itu semasa berucap merasmikan Penutup Karnival Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2019 di Klang.

Karnival Sukan itu berlangsung 3 hari bermula 14 November lalu dengan Majlis Perbandaran Klang MPK dan Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA manjadi tuan rumah bagi lima sukan yang dipertandingkan.

Juara keseluruhan dimenangi Majlis MBSA diikuti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) naib juara dan MPK di tempat ketiga.

SUkan bola tampar dan sepak takraw dimenangi MBSA, Sepak Takraw milik MPK, Ping Pong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Futsal Majlis Bandaraya Alor Setar.