Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Neymar bakal ganti Messi dan Ronaldo, pembentukan karakter untuk jadi pemain terbaik dunia

  • Published in Sukan

SUKAN, 5 Mei - Bekas pengendali Arsenal, Unai Emery optimis bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar bakal dinobat pemain terbaik dunia menggantikan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Ini kerana, tonggak Brazil itu memiliki bakat dan kemampuan luar biasa semasa di padang sejak mula menyarung jersi kelab Santos.

Menurut pengendali berusia 48 tahun itu, Neymar memiliki bakat, kemampuan dan kualiti tersendiri.

Dengan pertambahan pengalaman dalam setiap perlawanan, beliau percaya Neymar bakal menggantikan Messi dan Ronaldo sebagai pemain terbaik di dunia.

Beliau percaya, Neymar sedang membentuk karakternya.

Emery dan Neymar pernah bekerjasama di PSG pada musim pertama Neymar di Paris ketika saingan Ligue 1 2017/18.