Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Pekerja asing diwajibkan jalani saringan, kos ditanggung majikan

  • Published in Berita Semasa



PUTRAJAYA, 4 Mei - 
Pekerja warga asing di semua sektor termasuk pembinaan, perkilangan dan komersial, diwajibkan jalani saringan kesihatan COVID-19 bagi membendung penularan wabak itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kos bagi saringan kesihatan itu perlu ditanggung oleh majikan.

Datuk Seri Ismail Sabri menyatakannya pada sidang media harian selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya.

Beliau memberi amaran, kerajaan akan bertindak menutup premis yang dikesan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja dengan serta-merta.

Kementerian Kerja Raya telah menutup sebuah tapak pembinaan di Ampang selepas didapati menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19, dua hari berturut-turut.