Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 4:35 PM UTC, Oct 17, 2017

Neymar Lengkap Perpindahan Ke PSG Bernilai RM1.12 Billion

PARIS - Penyerang antarabangsa Brazil, Neymar menyempurnakan perpindahannya dari kelab Sepanyol, Barcelona dengan nilai yang mencatat rekod dunia ke Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Perancis itu menebus klausa pelepasan pemain tersebut yang bernilai 222 juta euro atau melebihi RM1.12 bilion.

Neymar bakal meraih pendapatan kira-kira 30 juta euro setahun.

Neymar dalam sidang medianya berkata, beliau amat gembira menyertai PSG.

Menurutnya, sejak tiba di Eropah, kelab berkenaan menjadi antara pasukan yang kompetitif.

Pemain tersebut mendedahkan sudah bersedia untuk menghadapi cabaran baharu setelah mengecapi banyak kejayaan bersama Barcelona sejak 2013.


((AFP))