Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 : Harimau Malaya jinakkan Gajah Perang

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Aksi kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia mempamerkan aksi terbaik mengekang dan menutup ego pendahulu Thailand dengan mencatat kemenangan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan penting tiga mata ini kembali membuka peluang buat skuad Harimau Malaya.

Turun beraksi dalam perlawanan keempat skuad Tan Cheng Heo yang amat memerlukan kemenangan dikejutkan dengan jaringan awal Thailand melalui satu gerakan cantik, untuk Chanathip Songkarin menjaringkan gol minit ke-tujuh.

Harimau Malaya yang kembali mengatur gerak berjaya mengejutkan Thailand, menyamakan kedudukan melalui jaringan padu, Brendan Gan.

Harimau Malaya mula menguasai perlawanan menyukarkan segala percaturan Thailand untuk menambah jaringan.

Kedudukan satu sama ini kekal hingga tamat babak pertama.

Memasuki babak kedua, Malaysia terus mengekalkan rentak tanpa memberi peluang buat Gajah Perang membuka langkah jaringan.

Seperti terpaku dengan gerakan anak buah Tan Cheng Hoe, pertahanan Thailand bocor pada minit ke-57 hasil gerakan menarik Brendan Gan membuka ruang buat Muhamadou Sumareh untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Tidak mahu berhenti di situ skuad negara memiliki beberapa lagi peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi sayang percubaan tidak menepati sasaran.

Peminat berdebar seketika apabila Supachok Sarachat melakukan volley cantik di penghujung perlawanan minit ke-82, namun ketangkasan, Khairul Azhan melegakan ribuan peminat yang hadir.

Malaysia kental bertahan untuk akhirnya mengecewakan Thailand menang 2-1.

Malaysia kini mengumpul enam mata di kedudukan keempat dan Thailand kekal tujuh mata masih kekal di persada kumpulan G.